Profil

 


SEJARAH SEKOLAH [ SRA ( JAIM ) AL-FALAH ]


Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al-Falah atau nama ringkasnya SRA (JAIM) Al-Falah, merupakan sebuah Sekolah rendah Arab yang terletak di Batu 28, Kuala Sungai Baru. Pada 2009, Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al-Falah memiliki 100 pelajar lelaki dan 89 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 189 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.

Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al Falah merupakan bekas sekolah agama rakyat (SAR) yang telah diasaskan oleh bekas mufti Negeri Melaka iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Hassan Bin Abu Bakar. Pada awalnya sekolah ini ditubuhkan secara sistem pondok atas nama Madrasah Al-Hasaniah pada penghujung 1930 an. Berikutan penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu, sekolah ini telah ditutup sementara waktu dan beroperasi semula lima tahun selepas itu.

Pada tahun 1993, Jabatan Agama Islam Melaka telah mengambil alih sekolah ini dan diletakkan dibawah pentadbiran bahagian pendidikan dan pelajaran Jabatan Agama Islam Melaka sebagai Sekolah Agama Kerajaan Negeri.


Sekolah ini kemudiannya didaftarkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM) bermula 01 Januari 2006.


_____________________________________________________________


 VISI
SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL FALAH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, SAHSIAH, DAN
KO KURIKULUM MENJELANG 2015

MISI
MEMBERIKAN PENDIDIKAN TERBAIK KEPADA SEMUA MURID MENERUSI USAHA YANG GIGIH DAN TERANCANG BAGI MELAHIRKAN WARGA NEGARA YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAN

MOTTO SEKOLAH

ILMU. IMAN. AMAL

No comments:

Post a Comment